Sunday 11 October 2015

HARI KOKURIKULUM 2015

Persediaan lintas hormat Majlis Perasmian

Bacaan doa oleh Ustaz Nasrul Hadi

Lintas hormat oleh Puan Guru Besar

Gimik Perasmian Hari Kokurikulum

Mengunting riben pelancaran rasmi Hari Kokurikulum

Ujian Kawad Statik

Taklimat cara pemasangan khemah

Slot ikhtiar hidup

bimbingan latihan kawad statik oleh fasilitator

Persediaan dan slot ikhtiar hidup memasak telur dalam tanah

Monday 7 September 2015

TAKLIMAT DAN RESTU GURU SEBELUM MENDUDUKI UPSR 2015

TAKLIMAT RINGKAS SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN


CALON UPSR SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT


PK PENTADBIRAN, PN HAJAH AISHAH MEMBERI PENERANGAN


MENGAMBIL DATA CALON BERKEPERLUAN KHAS


MOHON RESTU GURU TAHUN 6

PENYERAHAN LENCANA RAKAN PEMBIMBING PROGRAM INTEGRASI PPKI 2015

Ucapan dan taklimat oleh Cikgu Umi Kalsom


Barisan pentadbir yang turut hadir


Puan Guru Besar diberi penghormatan untuk menyampaikan lencana Buddy


Rakan Pembimbing Tahun 4


Rakan Pembimbing Tahun 2


Rakan Pembimbing Tahun 1

Majlis Pelancaran Penyampaian Lencana Buddy (Rakan Pembantu)
bagi Program Inklusif Pendidikan Khas telah dilaksanakan pada:-
Tarikh : 7 September 2015
Hari : Isnin
Masa : 7. 40pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan 

SK Matang antara 5 buah sekolah  di Daerah LMS sebagai sekolah rintis 
Negeri Perak bagi Program Inklusif Pendidikan Khas.


Sunday 16 August 2015

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2015

Warga SK Matang telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015
pada :-

Tarikh : 17 Ogos 2015
Hari     : Isnin
Masa   : 7.40 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

Majlis ini telah dilancarkan oleh Tokoh Kemerdekaan iaitu Tuan Haji Abd Aziz bin Haji Mohamad


Majlis Perasmian dilancarkan oleh Tuan Haji Abd Aziz
selaku Tokoh Kemerdekaan 2015

Gimik pelancaran dengan memecah buluh yang
mengandungi bendera Jalur Gemilang

Penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan

Guru-guru memperagakan pakaian tradisional melayu

Tetamu jemputan menulis kata-kata
ucapan kemerdekaan

Sambutan yang begitu meriah dalam kalangan warga
SK Matang

Sambutan Kemerdekaan 2015
dengan tema

SEHATI SEJIWA


Merdeka .................Merdeka .....................Merdeka

Saturday 15 August 2015

PROGRAM PEMBUGARAN EMOSI DAN MOTIVASI UPSR 2015

Slot dikendalikan oleh Ustaz Nasrul Hadi

Sentuhan motivasi yang diberi oleh Cikgu Ahmad Zamzuri

Murid-murid ditanamkan keinsafan diri untuk belajar
Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Matang telah menganjurkan
Program Pembugaran Emosi dan Motivasi UPSR 2015 pada :-

Tarikh : 11 Ogos 2015
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Matang
Penglibatan : Murid Tahun 6

Program ini telah dikendalikan oleh Encik Ahmad Zamzuri dan 
Ustaz Nasrul Hadi dengan dihadiri oleh Puan Guru Besar dan
guru subjek tahun 6.

Semoga semua murid yang terlibat dapat memotivasikan diri
masing-masing untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam UPSR nanti .

TAKLIMAT TATACARA PEMAKAIAN UNIFOM OLEH OUTPOST

Bacaan doa oleh Ustaz Nasrul Hadi

Penglibatan dalam kalangan murid Tahun 3 hingga Tahun 5

Ceramah tatacara pakaian unifom yang lengkap oleh pihak Outpost

Cikgu Sasitheran menerangkan biodata penceramah

Guru unit unifom juga turut terlibat

Pihak sekolah telah menjemput Outpost Cawangan Kamunting
untuk menyampaikan penerangan tatacara memakai unifom yang betul.

Progam ini telah dilangsungkan pada :-

Tarikh : 12 Ogos 2015
Hari : Rabu
Masa : 2.00 hingga 3.30 petang
Tempat : Dewan PPD

Semoga dengan penerangan ini semua murid dapat memakai
pakaian unifom unit Pengakap dan TKRS dengan lengkap dan betul.